MORATA (kanan) meledak gol kedua Juventus. FOTO AFP
MORATA (kanan) meledak gol kedua Juventus. FOTO AFP
AFP

Milan: Alvaro Morata menjaringkan dua gol tatkala Juventus mula memanaskan badan menjelang saingan Liga Juara-Juara berdepan Porto minggu depan dan kemenangan 3-1 ke atas Lazio merapatkan jurang mereka dengan pasukan Milan dalam kedudukan Serie A.

Cristiano Ronaldo diletakkan di bangku simpanan sebelum mereka berdepan saingan 16 akhir minggu depan dalam perlawanan kedua menentang wakil Portugal itu di Turin dengan aksi pertama Juventus mencatat kemenangan 2-1.

Juventus yang juga penyandang juara ketinggalan melalui gol awal Joaquin Correa selepas kesilapan yang dilakukan Dejan Kulusevski di bahagian tengah.

Bagaimanapun, Morata berjaya melakukan hantaran kepada Adrien Rabiot yang melepaskan rembatan untuk gol penyamaan sebelum rehat.

Selepas bersambung babak kedua Morata menambah dua gol dalam tempoh tiga minit untuk membolehkan Juventus mencatat kemenangan,

Pasukan bimbingan Andrea Pirlo sekarang ini di tempat ketiga, tujuh mata di belakang pendahulu Inter yang akan menanti kunjungan Atalanta awal pagi Selasa.

"Hari ini kami memulakan perlawanan 20 minit agak lambat tapi ia perkara biasa kerana ramai yang tidak berada di posisi sebenar dan baru pulih dari kecederaan.

"Bagaimanapun, mereka berjaya memberi tindak balas dengan baik, kami tidak hilang semangat dan walaupun ramai yang tidak dapat beraksi ia adalah aksi cemerlang.

"Bagi kami ia adalah perlawanan akhir. Perlawanan yang penting untuk kedudukan liga dan saya sangat gembira," kata Pirlo

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mac 2021 @ 10:25 AM