RONALDO akan bersama Juventus ke Spezia. FOTO AFP
RONALDO akan bersama Juventus ke Spezia. FOTO AFP
AFP

Milan: Biarpun keputusan ujian kedua Covid-19, Cristiano Ronaldo negatif namun dia tetap tidak akan diturunkan dalam perlawanan menentang Spezia hari ini kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

"Ujian calitan kedua turut negatif jadi Cristiano Ronaldo akan dipanggil untuk bersama pasukan," kata Pirlo.

"Dia baik-baik saja dan menjalani latihan secara individu pagi ini. Saya tidak rasa dia akan diturunkan untuk babak awal perlawanan dan kita lihat bagaimana esok (hari ini)."

Pemenang lima kali Ballon d'Or sudahpun terlepas empat perlawanan bersama Juventus termasuk perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu lalu menentang Barcelona.

Namun pemain berusia 35 tahun itu tetap akan bersama pasukan ke Cesena yang mana Spezia akan bermain di Stadio Picco.

Juventus kini di kedudukan kelima Serie A seri tiga dari lima perlawanan sebelum ini termasuk seri 1-1 menentang pasukan yang baru di naik taraf Crotone dan kini empat mata ketinggalan di belakang pendahulu AC Milan.

"Esok adalah perlawanan yang mesti kami menang," kata Pirlo menjelang perlawanan menentang pasukan di tempat ke-14 Spezia yang hanya meraih lima mata setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 12:20 PM