PV Sindhu. FOTO AFP
PV Sindhu. FOTO AFP
AFP

SHANGHAI: Pemain perseorangan wanita India, PV Sindhu akhirnya berjaya meraih pingat emas apabila menjuarai saingan Jelajah Dunia Akhir BWF, hari ini manakala pemain China, Shi Yuqi melunaskan dendamnya ke atas bintang Jepun, Kento Momota bagi mendominasi kategori lelaki.

Sindhu, 23, sering mengalami kegagalan bergelar juara dalam kejohanan utama sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan dia sekadar memenangi perak Olimpik Rio 2016.

Badi itu sekali lagi menghantuinya pada Sukan Asia dan Komanwel tahun ini.

Pemain nombor enam dunia itu yang terkenal dengan sikap tidak mudah mengalah itu turut tewas dua kali dalam kejohanan dunia dan sekadar muncul naib juara pada kejohanan akhir musim itu tahun lalu.

Bagaimanapun, dia melupakan semua kegagalannya itu di Guangzhou apabila menewaskan pemain nombor lima dunia dari Jepun, Nozomi Okuhara 21-19, 21-17 dalam aksi final perseorangan wanita.

"Saya sangat bangga, tahun ini berakhir dengan cukup indah. Semua orang sering bertanyakan soalan yang sama kepada, saya fikir soalan itu tidak lagi akan ditanya selepas - tanya mengapa saya sering tewas di final.

"Soalan-soalan seperti itu memberi motivasi kepada saya kerana saya juga mencari punca mengapa saya sering tewas di final. Akhirnya, saya mendapat jawapannya," kata Sindhu.

Sementara itu, dalam aksi final perseorangangan lelaki menyaksikan ulangan final kejohanan dunia, Ogos lalu antara Yuqi dan Momota.

Bagaimanapun, kali ini Yuqi, 22, berjaya melunaskan dendamnya ke atas Momota susulan kekalahan di final kejohanan dunia itu apabila menang 21-12, 21-11.

Ia kejayaan terbesar bintang muda China itu sepanjang kerjayanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Disember 2018 @ 7:32 PM