EE Yi (kiri) dan Yew Sin teruskan kemaraan. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
EE Yi (kiri) dan Yew Sin teruskan kemaraan. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi wakil tunggal negara mara ke separuh akhir selepas tiga lagi wakil negara terkandas di suku akhir apabila tewas kepada lawan masing-masing di Masters Jepun, sebentar tadi.

Pilihan kelapan kejohanan itu tidak menghadapi masalah untuk menang straight set ke atas lawan dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-16.

Menanti mereka adalah pasangan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi yang menewaskan lawan dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito juga straight set 21-19, 21-13.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal untuk menyaingi pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong apabila tewas 14-21, 14-21.

Satu lagi beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut mengalami nasib yang sama apabila terpaksa akur dengan kekalahan kepada pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 15-21, 16-21.

Harapan untuk melihat beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke pusingan seterusnya turut gagal selepas tewas straight set 13-21, 18-21 kepada lawan dari Jepun, Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2023 @ 5:14 PM