EE Yi (kiri) dan Yew Sin akur sebagai naib juara BAC 2023. FOTO Ihsan Badminton Photo
EE Yi (kiri) dan Yew Sin akur sebagai naib juara BAC 2023. FOTO Ihsan Badminton Photo
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Hasrat Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi untuk dinobatkan sebagai juara Asia tidak kesampaian selepas tunduk kepada gandingan India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam aksi final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

Pilihan kelapan kejohanan itu bermula dengan cemerlang, apabila bijak mengawal permainan sebelum merekodkan kemenangan set pertama 21-16.

Bagaimanapun, momentum itu gagal diteruskan apabila pasangan negara itu tumpas kepada pasangan India itu 17-21.

Memasuki set ketiga, Yew Sin-Ee Yi dilihat berjaya mengemaskan perlawanan namun gagal mengekalkannya sekali gus menyaksikan mereka terpaksa akur tunduk 19-21 kepada gandingan India itu.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia menjadi juara beregu lelaki saingan BAC adalah pada edisi 2007 di Johor Bahru menerusi kejayaan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menewaskan rakan sepasukan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 10:00 PM