SEI Young bergambar bersama trofi kejuaraan. FOTO AFP
SEI Young bergambar bersama trofi kejuaraan. FOTO AFP
AFP

New York: Pemain Korea Selatan, Kim Sei-young merangkul gelaran utama yang pertama selepas muncul sebagai pemenang Kejuaraan PGA Wanita dengan rekod baru tujuh bawah par 63, catatan terendah pada pusingan akhir dalam sejarah pertandingan itu.

Pemain berusia 27 tahun daripada Seoul itu menjadi pemenang kesembilan dari 10 juara kejuaraan utama wanita tanpa sebarang bogey dengan kelebihan lima pukulan dalam saingan di lapangan Aronimink Newtown Square, Pennsylvania.

"Ia memberi makna yang besar buat saya," "Saya berasa begitu beremosi. Mimpi menjadi nyata. Saya perlu menanti untuk satu tempoh untuk merangkul kejayaan terbesar ini.

"Saya sangat gembira. Rasa seperti saya mengatasi diri sendiri. Sangat gembira dengan kejayaan utama yang pertama ini."

Pemain ranking ketujuh itu menamatkan saingan 72 lubang di kejohanan itu dengan rekod 14 di bawah par 266 untuk menewaskan rakan senegara Park In-bee dengan kelebihan lima pukulan manakala Nasa Hataoka dari Jepun dan Carlota Ciganda (Sepanyol) berkongsi kedudukan di tempat ketiga dengan 273 pukulan dan Anna Nordqvist dari Sweden kelima, 276.

"Sei Young benar-benar sukar untuk dicabar," kata In-bee. "Dia bermain dengan sangat-sangat baik hari ini. Saya ingin ucapkan tahniah kepadanya. Dia mempunyai hari yang hebat. Begitulah cara juara bermain di pusingan akhir, satu yang bagus dapat melihatnya."

Sei-young menyamai rekod 18 lubang sepanjang zaman yang dikongsi pemain Amerika, Patty Sheehan pada 1984 dan Meg Mallon pada 1999 dan Kelly Shon dari Korea pada 2017.

Sementara itu, pemain Malaysia, Kelly Tan menduduki tempat ke-13 selepas mencatatkan 281 keseluruhan, dengan berkongsi kedudukan bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Ally McDonald, Nanna Koerstz Madsen (DEN) dan Mina Harigae (AS).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2020 @ 9:49 AM