SHAQIRI (tengah) ketika beraksi pada pusingan ketiga Piala Liga menentang Lincoln City bulan lalu. FOTO AFP
SHAQIRI (tengah) ketika beraksi pada pusingan ketiga Piala Liga menentang Lincoln City bulan lalu. FOTO AFP
Agensi

London: Persatuan Bolasepak Switzerland mengesahkan bintang Liverpool, Xherdan Shaqiri positif ujian Covid-19.

Shaqiri menjadi pemain ketiga The Reds yang positif ujian virus berkenaan selepas Thiago Alcantara dan Sadio Mane.

"Dalam perbincangan dengan pihak berkuasa kesihatan, dia (Shaqiri) perlu menjalani kuarantin," kata Persatuan Bolasepak Switzerland.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengenai bagaimana cara untuk memastikan pasukan bebas daripada pandemik ini."

Tiga keputusan positif dari satu pasukan menimbulkan kebimbangan penyebaran virus berkenaan dengan ramai pemain Liverpool akan melaporkan diri bersama skuad kebangsaan bagi tugasan antarabangsa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Oktober 2020 @ 11:11 PM