RICHARLISON akan terlepas perlawanan persahabatan antara Brazil dan Maghribi kerana kecederaan. FOTO AP
RICHARLISON akan terlepas perlawanan persahabatan antara Brazil dan Maghribi kerana kecederaan. FOTO AP
AFP

Rio de Janeiro: Penyerang Tottenham Richarlison dan pertahanan Paris Saint-Germain, Marquinhos menyertai Neymar, akan terlepas perlawanan persahabatan Brazil menentang Maghribi 25 Mac ini kerana kecederaan.

Kecederaan baharu itu menyaksikan juara dunia lima kali akan turun tanpa pemain terbaik ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan Maghribi yang layak separuh akhir Piala Dunia di Tangier, perlawanan pertama pasukan itu sejak Qatar.

Richarlison, 25, terpaksa meninggalkan padang dilihat menangis selepas mengalami kecederaan ketika babak awal perlawanan Tottenham menentang Southampton yang berkesudahan seri 3-3.

"Doktor pasukan kebangsaan Rodrigo Lasmar menghubungi kelab Richarlison, dan mengesahkan bahawa pemain itu tidak akan cergas bermain untuk perlawanan persahabatan," kata Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dalam satu kenyataan lewat Sabtu.

Manakala Marquinhos, 28, masih dalam pemulihan daripada kecederaan otot perutnya dan tidak akan cergas pada masa berkenaan.

Jurulatih sementara Brazil, Ramon Menezes memanggil Yuri Alberto yang berusia 22 tahun dari kelab Sao Paulo Corinthians untuk menggantikan Richarlison dan Bremer yang berusia 26 tahun dari Juventus untuk menggantikan Marquinhos, kata CBF.

Ia akan menjadi penampilan pertama Yuri Alberto dan Bremer dalam skuad Piala Dunia 2022 Brazil.

Menezes, yang melatih skuad bawah 20 tahun Brazil ke kejuaraan Amerika Selatan bulan lalu dengan rekod tanpa kalah dalam perlawanan, memanggil barisan pemain muda dan menampilkan hanya 10 pemain 'Selecao' yang dibawa ke Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 10:29 AM