MAGUIRE (tengah) ditahan polis Greece. FOTO Agensi
MAGUIRE (tengah) ditahan polis Greece. FOTO Agensi
AFP

PERTAHANAN Manchester United dan England, Harry Maguire berkata, dia bimbangkan keselamatannya dan menyangka menjadi masa penculikan ketika ditahan di Greece.

Kapten United berusia 27 tahun itu dijatuhkah hukuman penjara tertangguh 21 bulan dan sepuluh hari selepas didapati bersalah merasuah, keganasan dan mencederakan petugas awam ketika ditahan di Mykonos.

Bagaimanapun, Maguire berkata kepada BBC Sport, polis yang tidak beruniform dan tidak memperkenalkan diri mengarahkan bas mini dinaikinya berhenti, memaksanya keluar dan memukulnya di kaki.

Maguire berkata dia cuba melarikan diri kerana tidak tahu siapa mereka yang cuba menahannya.

"Mereka memukul saya banyak kali di kaki dan saya menjadi panik. Takut dan saya bimbangkan keselamatan,'' katanya.

Pertahanan tengah itu berkata, pendiriannya jelas.

"Saya berharap ia tidak berlaku kepada orang lain. Jelas situasi ini menyukarkan saya dan salah satu kelab terbesar dunia.

''Saya kesal penyokong dan kelab berdepan keadaan ini tetapi saya tidak buat apa-apa kesalahan,'' katanya lagi.

"Saya dapati diri saya dalam situasi yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana-mana tempat.''

Pada Rabu lalu, pasukan perundangan Maguire membuat rayaun keputusan yang telah dijatuhkan.

Sementara itu, pengurus England, Gareth Southgate menyisihkan Maguire daripada skuad yang akan menentang Iceland dan Denmark dalam aksi Liga Negara-Negara bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2020 @ 8:23 AM