MAGUIRE (bertopi) meninggalkan mahkamah selepas dua malam bermalam di lokap. FOTO Agensi
MAGUIRE (bertopi) meninggalkan mahkamah selepas dua malam bermalam di lokap. FOTO Agensi
AFP

KETUA pasukan Manchester United, Harry Maguire dibebaskan dari tahanan oleh polis Greece hari ini, selepas rakaman televisyen menunjukkan pemain itu selepas ini akan menunggu perbicaraan mengenai kesalahan melakukan serangan terhadap anggota badan beruniform di Kepulauan Mykonos.

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan Maguire meninggalkan mahkamah, dengan diiringi oleh pasukan perundangannya dan menaiki van berwarna gelap.

Peguamnya, Constantinos Darivas pada awalnya memberitahu laman web sukan Greece, gazzetta.gr bahawa pertahanan tengah England itu menolak pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan berada dalam keadaan baik selepas dua malam bermalam di lokap sejak dia ditahan Khamis lalu.

Kes berkenaan akan dibicarakan di Pulau Syros iaitu pusat pentadbiran kepulauan Cycladic yang merangkumi Mykonos.

Pendakwaraya tempatan dijangka akan menetapkan tarikh untuk perbicaraan membabitkan pemain berkenaan.

Maguire ditangkap polis Khamis lalu selepas berlaku pertengkaran membabitkan dua kumpulan pelancong Britain di Mykonos.

Dia tidak dapat mengawal kemarahannya selepas seseorang sudah memukul adiknya.

Seorang pegawai polis di Pulau Syros, mengesahkan suspek kejadian berkenaan membabitkan tiga lelaki Britain termasuk salah seorang darinya adalah pemain bola sepak namun tidak menyebut nama Maguire.

Menurut pegawai polis berkenaan, empat anggota polis Mykonos mengalami kecederaan ringan selepas pergelutan itu.

Suspek juga dituduh menentang penangkapan, menghina dan mengugut secara lisan pegawai yang menahan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 8:58 PM