Andre Villas Boas memberi arahan kepada pemainnya. FOTO Agensi
Andre Villas Boas memberi arahan kepada pemainnya. FOTO Agensi
AFP

Marseille mengesahkan kes kelima tanpa simpton Covid-19 dalam skuad mereka, kata jurucakap kelab kepada AFP hari ini.

Skuad kendalian Andre Villas Boas dijadualkan membuka tirai musim ini berdepan Saint-Etienne hari ini di gelanggang sendiri namun perlawanan ditangguhkan selepas empat ujian didapati positif sebelum itu.

Kelab berkenaan tidak mendedahkan nama pemain tetapi berkata mereka diasingkan di rumah.

Pemain Marseille yang lain diberikan rehat menjelang perlawanan kedua awal pagi Isnin minggu depan di Brest.

Kunjungan Nantes ke Bordeaux awal pagi ini untuk menggantikan jadual perlawanan pembukaan berlangsung di Velodrome.

Terdahulu, jurulatih Nice, Patrick Vieira meluahkan kebimbangan mengenai kesan dua kes yang melanda kelab itu.

Kelabnya memberitahu dua pemain tidak disenaraikan dalam latihan dan berada dalam tempoh kuarantin selepas dikesan terbabit kontak virus berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2020 @ 9:39 AM