MICHAEL Boulos (dua dari kiri) bersama Tiffany (dua dari kanan) dan Marla Maples (kiri) dan Donald Trump. FOTO Instagram.
MICHAEL Boulos (dua dari kiri) bersama Tiffany (dua dari kanan) dan Marla Maples (kiri) dan Donald Trump. FOTO Instagram.
Agensi

Washington: Tanda tanya orang ramai siapa sebenarnya lelaki bertuah mengahwini anak bongsu bilionair kontroversi, Donald Trump.

Tiffany Trump, 29, berkahwin dengan pewaris perniagaan dari Lubnan, Michael Boulos, 25, dalam satu majlis mewah di ladang Mar-a-Lago, milik bapanya, baru-baru ini.

Pasangan itu bertunang pada Januari tahun lalu dan dilaporkan bertemu pada satu malam di Mykonos, Greece, pada 2018.

The National News melaporkan, mereka bertemu di sebuah parti yang dihoskan oleh pelakon dan penduduk Dubai, Lindsay Lohan, yang memiliki kelab malam di Mykonos.

Pasangan itu dirakamkan secara terbuka buat kali pertama di pertunjukan fesyen Taoray Wang di New York pada September 2018.

Menjelang November tahun itu, Michael meraikan sambutan hari kesyukuran dengan keluarga Trump di rumah bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu di Florida.

Dia juga menyertai keluarga itu untuk perayaan Krismas di Washington, pada 2018, selepas Tiffany berkongsi gambar pada Januari 2019.

Ibu Tiffany, Marla Maples berkata, dia begitu memuja Michael.

Michael dilahirkan di Lubnan dan dibesarkan di Nigeria.

Beliau mendapat pendidikan di American International School of Lagos, sebelum berpindah ke England, untuk belajar di Regent's University London dan City, University of London.

Dia adalah anak kepada bilionair Lubnan, Massad Boulos, dari Kfaraakka, di utara negara itu.

Massad mengendalikan Boulos Enterprises dan SCOA Nigeria serta perniagaan dalam kenderaan, peralatan, runcit dan pembinaan.

Profil Michael di LinkedIn yang kini dipadamkan menyenaraikannya sebagai pengarah bersekutu di SCOA Nigeria.

Ibunya, Sarah Boulos, mengendalikan Persatuan Seni Persembahan di Nigeria, atau Span yang menjadi pusat sehenti untuk seni persembahan, tarian, teater, muzik dan seni visual.

Abang Michael ialah pelakon, Fares Boulos, yang muncul dalam episod The Crown pada 2017 sebagai Ken Russell.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 2:16 PM