AKSI de Gea (kiri) ketika perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang Sevilla kelmarin. FOTO AFP
AKSI de Gea (kiri) ketika perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang Sevilla kelmarin. FOTO AFP
AFP

DAVID de Gea berkata, dia percaya kepada kemampuan dirinya di sebalik kritikan terhadapnya sejak beberapa bulan lalu dan persoalan sama ada dia sepatutnya kekal menggalas tugas penjaga gol utama Manchester United

Bintang berusia 29 tahun dari Sepanyol itu berdepan tekanan semakin tinggi selepas prestasi cemerlang dipamerkan oleh Dean Henderson yang dipinjamkan dari Sheffield United.

Henderson difahamkan memberitahu pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer bahawa dia akan berhijrah sekiranya tidak diberikan status selaku penjaga gol utama.

Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan Henderson sebagai pengganti kepada Kepa Arrizabalaga.

"Saya percaya kepada diri sendiri. Saya menunjukkan kualiti sebenar sejak beberapa tahun lalu, jadi saya sentiasa bersedia untuk diturunkan oleh pengurus.

"Saya sentiasa bersedia untuk diturunkan dan cuba membantu pasukan seperti biasa yang pernah saya lakukan," katanya.

De Gea berkata, di sebalik tewas tiga aksi separuh akhir, United menunjukkan peningkatan di bawah bimbingan Solskjaer.

"Saya rasa kami sudah mempamerkan peningkatan musim ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2020 @ 7:10 PM