ROMERO sedia untuk ditukarkan dengan Grealish
ROMERO sedia untuk ditukarkan dengan Grealish
Agensi

MANCHESTER United bersedia menawarkan Sergio Romero kepada Aston Villa sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengikat Jack Grealish.

Menurut laporan, Red Devils mungkin bersedia menawarkan penjaga gol berusia 33 tahun ini musim panas ini dalam usaha untuk membawa Grealish ke Old Trafford.

Turut terdengar khabar angin bahawa akan ada pertarungan antara David De Gea dan Dean Henderson dalam menentukan siapakah yang layak mengambil tugas pemain nombor satu itu di Old Trafford musim depan dengan Romero tidak lagi dianggap sebagai satu keperluan.

Henderson kembali ke Carrington selepas pinjamannya di Sheffield United tamat dan penjaga gawang muda itu berusaha untuk menyelesaikan masa depannya.

Menurut sumber, Aston Villa sudahpun mengadakan perbincangan dengan kemungkinan untuk mengambil Henderson sebagai pinjaman musim depan namun Manchester United dilihat lebih bersedia menawarkan Romero sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk mendapatkan Grealish dengan nilai £70 juta (RM387.1 juta).

Romero menjadi pemain kedua selepas De Gea di Old Trafford namun tidak dipilih beraksi ketika separuh akhir Piala FA dan Liga Europa dan kini bebas untuk berhijrah ke mana-mana kelab yang diingini.

Grealish disebut sebagai sasaran Manchester United selepas pemain berusia 24 tahun itu meledakkan lapan gol dan melakukan hantaran menghasilkan enam gol sepanjang 36 perlawanan Liga Perdana selain membantu Aston Villa mengekalkan kedudukan utama dalam liga.

Manchester United kini dikatakan sedang mencari beberapa lagi pemain baru musim panas ini selepas mereka menamatkan saingan di kedudukan Liga Perdana sekali gus mengesahkan tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

The Red Devils terlepas peluang menjulang Piala Liga Perdana sejak 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Ogos 2020 @ 3:09 PM