LUIZ (kanan) akui Arsenal semakin matang. FOTO AFP
LUIZ (kanan) akui Arsenal semakin matang. FOTO AFP
AFP

DAVID Luiz menegaskan kemenangan mengejut Arsenal 2-0 ke atas Manchester City dalam perlawanan separuh akhir Piala FA membuktikan bahawa mereka berhak untuk menjulang trofi utama.

Pertahanan Arsenal itu menikmati saat menebus kembali kesilapannya selepas mempamerkan aksi mantap dan dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang membolehkan mereka menyingkirkan penyandang juara, City di Wembley.

Luiz dikecam selepas memberikan gol kepada pihak lawan sebelum diperintah keluar padang kerana melakukan kekasaran keras dalam petak penalti ketika Arsenal kalah 0-3 kepada City dalam perlawanan sulung mereka selepas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangguhkan akibat Covid-19.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Brazil itu berjaya mengekang asakan City dalam perlawanan kali ini dan Arsenal berjaya melakar rekod layak ke final Piala FA 21 kali.

Lawan mereka pada perlawanan akhir 1 Ogos depan adalah di antara Chelsea atau Manchester United yang bakal beraksi awal pagi esok.

"Kami mempunyai perlawanan akhir yang harus diberi tumpuan musim ini dan kami akan cuba serta memenangi gelaran itu untuk kelab ini. Arsenal berhak untuk memenangi piala

"Ia satu keputusan yang hebat dapat berdepan salah satu pasukan terbaik di dunia. Kami sangat merendah diri, kami faham cara yang sepatutnya kami main dan kami mengambil peluang menjaringkan gol

"Kami harus menjadi matang, untuk memahami di mana tahap kami," kata Luiz yang menghadiahkan kemenangan itu kepada pengurus Arsenak, Mikel Arteta.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 9:00 AM