MARTIAL (kiri) membantu United mencatat kemenangan penting ke atas Palace selepas meledak gol pada minit ke-78. FOTO AFP
MARTIAL (kiri) membantu United mencatat kemenangan penting ke atas Palace selepas meledak gol pada minit ke-78. FOTO AFP
AFP

OLE Gunnar Solskjaer memberitahu anak buahnya untuk menikmati tekanan yang mereka rasai sekarang bagi merebut tempat empat terbaik selepas memerlukan 19 perlawanan tanpa kalah untuk membolehkan mereka berpeluang kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

United berjaya mencatat kemenangan awal pagi tadi dengan mengalahkan Crystal Palace 2-0 selepas memperoleh jaringan melalui Marcus Rashford dan Anthony Martial, selain mendapat bantuan dari Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk memburu kedudukan empat terbaik liga.

Pasukan bimbingan Solskjaer kekal di tangga kelima namun berjaya menyamai mata dengan Leicester, lawan yang mereka akan berdepan pada aksi terakhir liga dan hanya dibezakan satu mata dengan pasukan tangga ketiga, Chelsea.

"Kami harus tersenyum, kami layak meraihnya. Tidak ada siapa yang menjangkakan Januari lalu bahawa kami mampu bersaing untuk kedudukan empat terbaik.

"Ini adalah berkaitan dengan aksi perlawanan. Itulah yang terdapat di Manchester United, anda harus tonjolkan diri dan pamerkan personaliti anda," kata Solskjaer.

Solskjaer sebelum ini merungut kerana hanya mempunyai persiapan kurang daripada 48 jam untuk berdepan Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA Ahad ini.

Bagaimanapun, pengendali dari Norway itu hanya melakukan dua perubahan daripada kesebelasan utama yang menyaksikan mereka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Southampton.

Palace sekarang ini tumpas buat kali keenam berturut-turut namun Roy Hodgson percaya pasukannya tidak dapat hak yang sepatutnya, terutama melalui dua kontroversi membabitkan VAR.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Julai 2020 @ 9:02 AM