V SHEM dan Wee Kiong mahu pamer aksi terbaik jika terpilih di Denmark.
V SHEM dan Wee Kiong mahu pamer aksi terbaik jika terpilih di Denmark.
Aida Adilah Mat


PEMENANG pingat perak dalam acara beregu lelaki di temasya Olimpik Rio, Goh V Shem-Tan Wee Kiong tidak akan mempersia-siakan peluang yang ada seandainya dipilih mewakili negara dalam saingan Piala Thomas di Denmark kelak.

Itu janji V Shem ketika melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini selepas menjalani ujian calit untuk Covid-19.

Katanya, dia yakin dengan kemampuan skuad badminton negara ketika ini yang dirasakan cukup kuat untuk membentuk satu pasukan dalam usaha membawa pulang kembali Piala Thomas ke negara ini.

"Sekarang ini kita ada Lee Zii Jia untuk perseorangan dan dia sendiri yakin dengan kemampuannya. Kita juga ada beregu yang kuat iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang mempunyai standard permainan yang tinggi.

"Untuk menang keyakinan itu kena ada kerana jika kurang memang susahlah untuk menang di Piala Thomas," katanya yang gembira kembali ke ABM selepas memilih meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Januari tahun lalu.

Namun V Sheem-Wee Kiong perlu akur, jurulatih mereka ketika ini Chew Choon Eng tidak akan bersama di ABM dengan mereka perlu segera menyesuaikan diri dengan tenaga pengajar yang ada di BAM iaitu Flandy Limpele.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 10:19 PM