GAMBAR hiasan FOTO AFP
GAMBAR hiasan FOTO AFP
Bernama-Xinhua

Ankara: Turkiye menggantung segala aktiviti perdagangan dengan Israel pada Khamis berikutan serangan berterusan rejim itu ke atas Semenanjung Gaza, kata Kementerian Perdagangan Turkiye.

Langkah itu berikutan sekatan Turkiye ke atas eksport kumpulan produk tententu ke Israel sejak bulan lepas, yang menurut Ankara akan kekal dikuatkuasakan sehingga satu gencatan senjata di Gaza dicapai.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu mengimbau kembali sebelum ini Ankara telah mengehadkan eksport 54 kumpulan produk kerana pembunuhan beramai-ramai, malapetaka kemanusiaan dan kemusnahan fizikal berterusan oleh Israel dan Kerajaan Israel tidak mempedulikan usaha gencatan senjata antarabangsa dan menyekat bantuan kemanusiaan.

''Menerusi pemerhatian Kerajaan Israel terus dengan tingkah laku agresif dan tragedi kemanusian di Palestin semakin teruk," kata kementerian itu.

Dalam hal ini, fasa kedua langkah ini diambil di peringkat negara telah dimulakan dan transaksi eksport dan import dengan Israel telah digantung untuk semua produk," katanya dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.

Turkiye akan melaksanakan dengan tegas langkah baharu ini sehingga Kerajaan Israel membenarkan aliran bantuan kemanusian yang tidak terganggu dan mencukupi ke Gaza, katanya.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Turkiye sedang menyelaraskan dengan pihak berkuasa Palestin bagi memastikan rakyat Palestin yang terpaksa tinggal di bawah pendudukan"" Israel tidak terkesan dengan sekatan ini, kata kementerian itu.

Menurut Institut Perangkaan Turkiye, jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencecah US$6.8 bilion pada 2023, dengan eksport Turkiye merupakan 76 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 1:36 PM