RONALDO mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton. FOTO Agensi
RONALDO mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton. FOTO Agensi
Agensi

CRISTIANO Ronaldo diejek rakan sepasukan selepas mengenakan kelengkapan jenama Louis Vuitton bernilai £1,250 (RM6,600).

Penyerang Juventus berusia 35 tahun itu memuat naik gambar memakai kelengkapan berwarna warni bersama kapsyen: "Memulakan minggu ini dengan suasana positif dan gaya menarik."

Di sebalik seluar pendeknya berharga £595 (RM3,150) dan baju Hawai bernilai £655 (RM3,468), Ronaldo masih menerima kritikan daripada bekas serta rakan sepasukan terkini iaitu Leonardo Bonucci and Medhi Benatia.

Bonucci menulis komen pendek: "Sangat luar biasa."

Benatia yang meninggalkan Juventus dan menyertai kelab Qatar, Al-Duhail pula berkata: "Saya tak faham gaya anda."

Ronaldo menjaringkan gol dalam kedua-dua kemenangan di Serie A selepas liga disambung semula.

Pengurus Juventus, Maurizio Sarri memuji aksi konsisten bintang Portugal itu dan mengakui pemain itu cukup penting.

"Dia adalah salah seorang penyerang terbaik di dunia ketika ini. Dia cukup penting untuk kami pada musim ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 10:30 PM