BEBERAPA perlumbaan bakal berlangsung sebelum Tour de France 2020 membuka tirai. FOTO Agensi
BEBERAPA perlumbaan bakal berlangsung sebelum Tour de France 2020 membuka tirai. FOTO Agensi
AFP

BEBERAPA perlumbaan akan diadakan menjelang saingan Tour de France yang bakal membuka tirai hujung Ogos, jelas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

UCI yang melakukan kemaskini jadual terbaru semalam, menjelaskan sebaik saja larangan acara sukan ditamatkankan perlumbaan sulung di Perancis adalah Route d'Occitanie (1 hingga 4 Ogos), diikuti satu perlumbaan cabaran mendaki di Mont Ventoux dan selepas itu perlumbaan Tour de l'Ain berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos.

Turut berada dalam program perlumbaan yang padat itu ialah Criterium de Dauphine yang dijangka berlangsung dari 12 hingga 16 Ogos dan selepas itu empah hari saingan Tour du Limousin yang bermula 18 Ogos.

UCI menegaskan setiap tarikh berkenaan akan dinilai mengikut situasi kesihatan semasa berikutan pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Perlumbaan ini sudah dijadualkan semula bermula di Nice pada 29 Ogos berbanding tarikh sebelum ini pada Jun bagi memastikan acara yang memerlukan perbelajaan tinggi ini dapat diteruskan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2020 @ 11:48 AM