Pelumba Team Ineos dari Colombia, Egan Bernal. FOTO AFP
Pelumba Team Ineos dari Colombia, Egan Bernal. FOTO AFP
AFP

JUARA bertahan Tour de France, Egan Bernal mengesahkan kejuaraan keseluruhan di Route d'Occitanie, awal pagi ini, sekali gus membuktikan kemampuannya menjelang saingan perlumbaan berprestij di negara berkenaan hujung bulan ini.

Bagaimanapun, pelumba dari Colombia, Bernal menduduki tempat keempat pada peringkat final perlumbaan itu dengan hanya dua saat di belakang juara peringkat, Benoit Cosnefroy.

Perlumbaan sejauh 195km meliputi laluan destinasi pendakian popular Taman Negara Causses de Quercy

Colombian.

"Ia adalah peringkat yang saya sudah sasarkan dan saya sangat gembira bagi diri saya dan pasukan," kata pelumba dari Perancis yang berusia 24 tahun, Cosnefroy sambil tersenyum.

Namun ia sudah memadai buat pelumba Team Ineos, Bernal merangkul kejuaraan keseluruhan, 19 saat mengatasi rakan sepasukannya, Pavel Sivakov.

Bernal juara keseluruhan Route d'Occitanie membabitkan perlumbaan di Selatan Perancis. FOTO AFP
Bernal juara keseluruhan Route d'Occitanie membabitkan perlumbaan di Selatan Perancis. FOTO AFP

Gandingan pasukan Ineos menduduki 1-2 di peringkat tiga semalam, menjadikan catatan masa keseluruhan di peringkat akhir pendakian untuk mengesahkan kemenangan keseluruhan.

Pelumba berusia 23 tahun itu dilihat berada pada prestasi terbaik untuk memenangi jelajah tahunan kali ini, yang ditangguhkan kepada 29 Ogos berikutan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, juara empat kali, Chris Froome menamatkan perlumbaan jauh di belakang dengan kedudukan ke-37, hampir 10 minit di belakang rakan pelumba Ineos, Bernal.

Perlumbaan seterusnya Bernal adalah di Criterium du Dauphine, yang dijadualkan bermula pada 12 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2020 @ 9:29 AM