Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren. FOTO File Agensi
Pemain pertahanan Liverpool, Dejan Lovren. FOTO File Agensi
Agensi

ROMA berharap dapat menandatangani pertahanan Liverpool, Dejan Lovren dengan yuran rendah dilaporkan sekitar £4.41 juta (RM23.41 juta).

Pertahanan tengah Croatia berterusan dikaitkan dengan perpindahan dari Anfiled ketika dia melengkapkan 12 bulan terakhir kontraknya.

Gazzetta dello Sport mendakwa Roma adalah salah satu kelab yang cuba mendapatkan Lovren, dan kelab dari Itali berkenaan berusaha untuk membeli pemain berusia 30 tahun itu dengan harga rendah.

The Giallorossi akan memanfaatkan hubungan baik dengan Liverpool dalam rundingan mereka, selepas berjaya menjual Alisson Becker dan Mohamed Salah kepada the Reds beberapa tahun lalu.

Lovren bernilai £20 juta (RM106.2 juta) di tandatangan dari Southampton pada Julai 2014, mempunyai permulaan gabungan 12 perlawanan di Liga Perdana dan Liga Juara-Juara musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2020 @ 9:14 AM