Pertahanan Croatia, Dejan Lovren (tengah) ketika aksi berdepan Jepun. FOTO AFP
Pertahanan Croatia, Dejan Lovren (tengah) ketika aksi berdepan Jepun. FOTO AFP
Reuters

Doha: Ketika Croatia melakukan persediaan berdepan pasukan pilihan Piala Dunia, Brazil bagi saingan Suku Akhir pada Jumaat, pertahanan Dejan Lovren mempersiapkan diri untuk satu lagi pertarungan dengan musuh lamanya, Neymar.

Lovren, pertahanan tengah berusia 33 tahun sudah berdepan Neymar dalam tiga pertembungan dan sentiasa tewas dengan bintang Brazil yang sukar disekat itu menjaringkan empat gol menentangnya.

Ia termasuk ketika Brazil menewaskan Croatia 3-1 pada pertembungan peringkat kumpulan di Piala Dunia 2014 apabila Neymar meledak dua gol dan aksi persahabatan di Anfield pada 2018 seminggu sebelum bermula Piala Dunia dekat Rusia apabila penyerang itu menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 pasukannya.

Croatia dan Brazil sudah bertemu lima kali sebelum ini dengan jaguh Amerika Selatan menang tiga kali dan perlawanan berakhir dengan keputusan seri dua kali.

Begitupun, memori paling menyakitkan buat buat Lovren pastinya kekalahan 2-1 Liverpool ke atas Neymar yang mencetus inspirasi kepada Paris St-Germain pada perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara 2018.

Neymar meledak gol kemenangan dan mempamerkan sentuhan berkualiti di Paris dengan Lovren bergelut untuk mengawal pergerakannya.

Croatia akan berdepan masalah lebih besar bukan hanya terhadap Neymar tetapi penampilan pemain muda berbakat antaranya Vinicius Jr, Lucas Paqueta dan Richarlison kesemuanya menyerlah pada kejohanan bersama Brazil bagi Piala Dunia kali ini.

Lovren kebiasaannya akan memulakan pasukan diletakkan di bahagian pertahanan tengah dan dibantu oleh tonggak muda RB Leipzig, Josko Gvardiol yang beraksi baik sepanjang kejohanan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Disember 2022 @ 10:00 PM