GUENDOUZI (kanan) gemar berjenaka dengan rakannya ketika sesi latihan di Dubai. FOTO Agensi
GUENDOUZI (kanan) gemar berjenaka dengan rakannya ketika sesi latihan di Dubai. FOTO Agensi
Agensi

SEAD Kolasinac menggelarkan Matteo Guendouzi sebagai pemain paling kelakar dalam skuad Arsenal dengan bergurau mengatakan dia banyak melakukan perkara ‘buruk’.

Pemain tengah muda Perancis itu jelas mempunyai personaliti paling menyerlah dalam bilik persalinan Arsenal dan pantas mencipta impak selepas berpindah dari kelab Ligue 2, Lorient pada musim panas 2018.

Tetapi kariernya agak terjejas selepas dia disisihkan daripada skuad Mikel Arteta ketika menang besar 4-0 ke atas Newcastle susulan didakwa mempunyai sikap yang buruk ketika kem latihan di Dubai.

Tetapi Kolasinac tampil membela rakannya dengan mendakwa pemain tengah itu gemar berlawak dalam bilik persalinan.

Ketika ditanya siapa paling lawak dalam skuad itu oleh Sky Sports, Kolasinac membalas: 'Matteo’.

“Kerana dia muda, dia suka buat lawak. Setiap pagi dia ketawa, telatahnya mencuit hati, jadi bagi saya, Matteo.

“Dia banyak melakukan perkara buruk. Saya tidak beritahu perkara ini untuk televisyen. Jika saya bermain kad dan saya kalah, dia akan datang dari beakang dan menjerit ‘ahh engkau kalah!’ seperti ini.'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2020 @ 3:01 PM