Iago Herrerin dibuang padang ketika perlawanan berdepan Tenerife. FOTO File Agensi
Iago Herrerin dibuang padang ketika perlawanan berdepan Tenerife. FOTO File Agensi
Reuters

ATHLETIC Bilbao menewaskan pasukan divisyen dua Tenerife 4-2 menerusi penentuan penalti untuk mara peringkat suku akhir Piala Raja Sepanyol awal pagi ini, tatkala hampir mencatat kekalahan memalukan selepas seri 3-3 di gelanggang lawan ketika kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Penjaga gol Athletic kelab yang beraksi di La Liga, Iago Herrerin di buang padang pada minit kedua permainan kerana melakukan kekasaran ke atas Shaquell Moore dan tuan rumah mendahului menerusi jaringan Joselu menerusi tendangan penalti enam minit kemudian.

Inaki Williams menyamakan kedudukan buat the Basques namun Joselu menjaringkan gol sekali lagi selepas 21 minit.

Penyerang Athletic, Williams menjaringkan gol kedua pada awal babak kedua untuk mengikat kedudukan dan pemain Tenerife, Carlos Ruiz diperintah keluar padang pada awal permainan tambahan masa untuk meninggalkan kedua-dua pasukan kekurangan pemain.

Daniel Gomez meletakkan Tenerife di depan sekali lagi pada masa kecederaan separuh masa pertama dalam tambahan masa dengan satu lagi penalti namun jaringan Yuri Berchiche menghampakan tuan rumah ketika dua minit sebelum tamat perlawanan.

Pemain Tenerife, Joselu yang menjadi wira pasukan perlawanan gagal menyempurnakan penalti apabila Jokin Ezkieta berjaya menampan kemas percubaannya namun usaha Inigo Martinez pula diselamatkan oleh Adrian Ortola.

Moore merembat ke arah palang gol untuk penalti berikutnya dan Asier Villalibre menyempurnakan penalti kelima Athletic untuk memastikan kemaraan pasukannya.

Real Madrid berkunjung ke Real Zaragoza esok dan Barcelona menanti kunjungan Leganes dalam saingan 16 terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 11:03 AM