Aidil akan kendali perlawanan pra musim Kedah di Kemboja. FOTO NSTP
Aidil akan kendali perlawanan pra musim Kedah di Kemboja. FOTO NSTP
Izzali Ismail


JUARA Piala FA Kedah menjadikan Kemboja destinasi mengasah kuku bagi mempersiapkan 'cengkaman' menghadapi laluan ke peringkat saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Liga Malaysia Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ketua Jurulatih Kedah Aidil Sharin Sahak, berkata misi skuadnya ke Kemboja bermula 5 sehingga 14 Januari bertujuan membentuk pasukan mantap.

"Ia ruang meningkatkan tahap kecergasan, mengatasi dan mengenalpasti setiap aspek kelemahan pasukan sebelum berdepan saingan sebenar yang bermula 21 Januari.

“Beberapa perlawanan pramusim adalah persediaan penting untuk pemain meningkatkan tahap kefahaman berpasukan," katanya.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) menerusi media rasmi memberitahu skuad terbabit akan bertolak ke Kemboja bagi menghadapi lima perlawanan bersama kelab-kelab terbaik di Kemboja.

Siri jelajah pramusim 2020 akan membuka tirai di Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Sabtu ini.

Kedah akan memulakan siri aksi pramusim 2020 ke Kemboja berdepan kelab Liga Cambodia menentang Visakha FC pada 8 Januari di Stadium Olimpik Kemboja.

Kedah kemudian berdepan Naga World FC diikuti Boeung Ket FC masing-masing pada 9 dan 10 Januari.

Dua aksi terakhir adalah menentang kelab Angkor Tiger Football Club dan Phnom Penh Crown FC pada 12 dan 14 Januari.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 January 2020 @ 2:22 PM