VIDAL kurang mendapat tempat di Barcelona musim ini. FOTO Agensi
VIDAL kurang mendapat tempat di Barcelona musim ini. FOTO Agensi
Agensi

MENANDATANGANI Arturo Vidal dari Barcelona bakal memperkasakan lagi cabaran Inter, menurut naib presiden, Javier Zanetti.

Pemain Chile itu dikaitkan dengan perpindahan ke Nerazzurri pada Januari ini dan tidak menolak sedia mengadakan pertukaran ketika ditanya prospek mendapatkan Vidal minggu lalu.

Pemain berusia 32 tahun itu hanya beraksi enam perlawanan dalam semua kejohanan bersama Barca musim ini tetapi dia masih mampu menjaringkan lima gol di La Liga.

Inter dilaporkan berharap memeterai pinjaman dengan pilihan untuk membeli pemain tengah berpengalaman itu dan Zanetti yakin Vidal mampu menjadi aset penting kepada mereka.

"Kami akan pantau situasi jendela perpindahan, kami ada sebulan untuk merealisasikannya,” katanya kepada ESPN.

"Vidal pemain yang memiliki karakter hebat dan sangat berpengalaman, jadi kami akan tunggu apa berlaku selepas ini. Kami bercakap mengenai pemain yang mampu melonjakkan tahap kami yang telah pun berada pada tahap baik.”

Inter kini menduduki puncak Serie A berdasarkan kelebihan gol dan kembali menentang Napoli pada Isnin depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Disember 2019 @ 7:58 AM