PRESTASI Lukaku kembali ke tahap terbaik. FOTO AFP
PRESTASI Lukaku kembali ke tahap terbaik. FOTO AFP
Agensi

London: Romelu Lukaku memberi 'isyarat yang sangat baik' selepas kembali ke prestasi terbaik tepat pada masanya tegas ketua jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

Pemain antarabangsa Belgium itu hanya menjaringkan empat gol untuk Nerazzurri sejak kembali secara pinjaman dari Chelsea pada Jun lalu.

Dua daripadanya hadir dalam empat penampilan terakhirnya - termasuk ketika mereka menang perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara membabitkan perlawanan menentang Porto.

Penyerang itu hanya ketinggalan satu gol untuk menjadi pemain keempat yang menjaringkan 50 gol dalam Serie A dan Liga Perdana, selepas Gianfranco Zola, Edin Dzeko dan Cristiano Ronaldo.

"Kami tahu bertapa bernilainya dia, dia datang ketika dia bermasalah dan kini dia memberikan isyarat yang sangat baik," kata Inzaghi mengenai Lukaku pada sidang media menjelang pertembungan Inter dengan Spezia, esok.

"Dia berlatih dengan memberikan yang terbaik setiap hari, dia menjaringkan gol penting ketika menentang Porto dan kami mahu dia terus meningkatkan keadaan."

Inter di tempat kedua dijangka mengurangkan jurang kepada pendahulu Napoli kepada 12 mata dengan kemenangan ke atas lawan di tangga ke-17 mereka, yang hanya tiga mata di depan zon penyingkiran.

Nerazzurri menyaksikan enam perlawanan tanpa kalah berakhir dengan kekalahan di Bologna, tetapi Inzaghi gembira dengan maklum balas dari pasukannya ketika menang 2-0 ke atas Lecce.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 10:42 AM