Aksi pemain Bournemouth, Dan Gosling ketika cuba melepasi pemain Chelsea N'Golo Kante dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
Aksi pemain Bournemouth, Dan Gosling ketika cuba melepasi pemain Chelsea N'Golo Kante dalam saingan Liga Perdana. FOTO Reuters
AFP

FRANK Lampard menggesa barisan pemain Chelsea untuk membuktikan mereka mempunyai keberanian untuk menyesuaikan diri dengan kesukaran selepas Bournemouth merekodkan kemenangan mengejut 1-0 di Stamford Bridge, awal pagi ini.

Barisan kendalian Lampard yang mencatat kekalahan ke empat dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana ketika Dan Gosling menjaringkan gol kemenangan selepas tayangan VAR dengan hanya berbaki enam minit perlawanan.

Ia adalah tamparan hebat buat Lampard selepas Chelsea sekali lagi gagal berdepan pasukan lawan yang lebih banyak bertahan dan hanya bergantung kepada serangan balas pantas.

Bukan kali pertama pada musim ini, the Blues menguasai permainan di gelanggang sendiri tanpa menunjukkan aksi sebenar yang diperlukan untuk mengecewakan pasukan liat seperti Bournemouth, yang tiba di kawasan sejuk Barat London dengan lima kekalahan berturut-turut.

Lampard percaya kegagalan itu menyebabkan pasukan Chelsea membataskan kebolehan mereka untuk mengatasi lawan dan tidak memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan antara punca kekalahan itu.

Mempersoalkan personaliti barisan pemain mudanya berikutan keputusan mengejutkan itu buat pertama kali selepas mempamerkan permulaan baik pada musim pertama di bawah kendaliannya.

Lampard berkata : “Sekarang kami harus berdepan realiti. Jika kami tidak berada pada prestasi terbaik, jika pemain tidak dapat mempamerkan kualiti untuk menewaskan pasukan yang bermain dengan baik jadi kami harus mencari jalan lain.

“Kami tidak memberikan kepuasan sebenar kepada peminat. Jika kami bermain mengumpan 10 kali bola ke belakang barisan pertahanan ia tidak mengejutkan. Jika saya sebagai penyokong yang duduk di sini hari ini saya pasti katakan ‘terlalu perlahan’. Saya tidak mahu menyalahkan mereka mengenai itu.

“Sebahagian daripada tanggungjawab adalah kepada pemain untuk merampas bola dan mempunyai bola untuk mewujudkan keterujaan peminat.

“Kami harus mempunyai beberapa personaliti. Apabila pasukan lawan mahu bertahan ketika berdepan kamu, ia satu lagi ujian. Kami tidak melakukan yang terbaik dengan perkara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Disember 2019 @ 8:19 AM