LAMPARD (dua dari kiri) gembira dengan kebangkitan Chelsea. FOTO Reuters
LAMPARD (dua dari kiri) gembira dengan kebangkitan Chelsea. FOTO Reuters
Reuters

Bournemouth: Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard berkata beliau gembira melihat pasukannya akhir beraksi seperti satu pasukan selepas mereka menamatkan kemarau sembilan perlawanan tanpa kemenangan dalam semua kejohanan dengan menang 3-1 ke atas Bournemouth.

Chelsea kelihatan rapuh selepas kehadiran beberapa pemain baru dalam dua jendela perpindahan terakhir dan tiga pengurus berbeza musim ini namun mereka menunjukkan mampu bersatu sebagai satu unit untuk menamatkan rekod kekalahan enam perlawanan.

Ketika Chelsea masih kekal di tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berbaki empat perlawanan, Lampard berkata, kemenangan itu akan menjadi dorongan kerana mereka ingin menamatkan musim ini dengan cemerlang selepas hanya mencatat kemenangan kedua di tempat lawan tahun ini.

"Saya gembira. Kami bangkit selepas mengharungi saat sukar, ia tahun yang perit dan banyak lagi kerja perlu dilakukan," kata Lampard kepada BBC.

"Bagaimanapun, persembahan dan keputusan sangat bagus, kami berhak memenangi perlawanan ini. Ia adalah langkah seterusnya yang baik dari pemain. Mereka perlu bekerja keras dan datang ke tempat yang sangat sukar untuk banyak pasukan tahun ini... Saya sangat gembira.

"Dalam permainan moden, perubahan itu sangat besar. Adalah penting dengan skuad kita menghalang pasukan lain yang merasakan mereka boleh masuk dan menjejaskan permainan. Kami berusaha ke arah itu dan saya rasa setiap daripada mereka melakukannya."

Lampard berkata masih terdapat ramai pemain yang berjaya, terutamanya pemain muda, dan menggesa mereka untuk 'memahami' keyakinan daripada persembahan itu.

"Biasanya di Chelsea, satu atau dua masuk ke dalam kumpulan dan kini kami mempunyai lebih banyak lagi. Ia boleh difahami bahawa sebagai satu kumpulan mencari rentak dan keyakinan boleh menjadi sukar," tambah Lampard.

"Ini adalah langkah pertama. Ia bukan pelayaran biasa tetapi ada bakat di sana dan pemain perlu bersatu untuk membawa kami ke tempat yang kami mahukan."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2023 @ 10:22 AM