Ronaldo menjaringkan gol penyamaan berdepan Sassuolo. FOTO AFP
Ronaldo menjaringkan gol penyamaan berdepan Sassuolo. FOTO AFP
Reuters

CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober di Juventus untuk memastikan kedudukan seri 2-2 menentang Sassuolo di Turin pagi ini ketika juara Itali itu memberikan kedudukan di puncak liga Serie A Itali kepada Inter Milan.

Leonardo Bonucci meledak gol pendahuluan pada separuh masa pertama tapi penyudah oleh pemain sayap Sassuolo, Jeremie Boga buat gol penyamaan sebelum Francesco Caputo pelawat di depan selepas waktu rehat berikutan kesilapan dilakukan penjaga gol Gianluigi Buffon.

Ronaldo menyempurnakan penalti pada pertengahan babak kedua untuk menamatkan kebuntuan jaringan selepas empat perlawanan dalam semua kejohanan dan menafikan kemenangan pertama Sassuolo dalam perlawanan itu.

Keputusan itu menyaksikan Juventus jatuh di kedudukan kedua dengan 36 mata selepas Inter Milan mencatat kemenangan 2-1 di SPAL yang membolehkan mereka mendahului satu mata daripada kelab Turin di puncak carta liga.

“Kami letak diri kami dalam keadaan sukar, kami kehilangan punca pada separuh masa pertama,” kata jurulatih Juve, Maurizio Sarri kepada Sky Italia.

“Setiap kali kami tewas dalam persaingan memenangi bola kami memberi ruang kepada lawan. Selepas berada di depan kami beraksi pada tahap yang baik dalam masa 40 minit dan mungkin boleh memenangi perlawanan.

“Perlawanan selepas minggu Liga Juara-Juara sememangnya selalu sukar dan kurang bertenaga.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Disember 2019 @ 10:08 AM