Pemain Inter Milan meraikan jaringan ketika menewaskan Sassuolo. FOTO Reuters
Pemain Inter Milan meraikan jaringan ketika menewaskan Sassuolo. FOTO Reuters
AFP

INTER Milan terselamat daripada kebangkitan lewat Sassuolo dan di ganggu payung terjun yang mendarat di kawasan padang sebelum mencatat kemenangan 4-3 dan menghampiri pendahulu Juventus dalam saingan Serie A Itali.

Sementara tugas pertama, Stefano Pioli sebagai pengendali AC Milan berakhir seri 2-2 berdepan kelab tercorot, Lecce.

Romelu Lukaku dan Lautaro Martinez masing-masing meledak dua gol dalam aksi dramatik perlawanan yang menghasilkan tujuh gol untuk mengekal kedudukan barisan kendalian Antonio Conte di tempat kedua hanya satu mata di belakang Juventus yang menewaskan Bologna, 2-1 pada Sabtu.

Inter Milan mendahului 4-1 dengan permainan berbaki 20 minit selepas Martinez menjaringkan gol pembukaan seawal dua minit permainan di Sassuolo, sebelum menambah jaringan kedua menerusi penalti pada minit ke 71.

Penyerang Belgium, Lukaku menemui jaring selepas 38 minit dan menyempurnakan penalti hanya selepas waktu rehat bermula walaupun di ganggu payung terjun mendarat di dalam kawasan padang ketika dia sedang cuba menyepak bola.

Penerjun berkenaan kemudian dengan pantas di iringi anggota keselamatan ketika pemain dan peminat melihat situasi itu dalam keadaan kebingungan.

Bekas penyerang Manchester United berjaya menyempurnakan tugas yang diberikan untuk memberikan Inter mendahului kedudukan 3-1.

.Penerjun dengan pantas di iringi oleh anggota keselamatan. FOTO AFP
.Penerjun dengan pantas di iringi oleh anggota keselamatan. FOTO AFP

Selepas perlawanan kelihatan terkawal, Conte membawa masuk pemain sayap, Matteo Politano dan tengah Valentino Lazaro untuk penampilan pertama musim ini.

Kemudian Filip Djuricic (74) dan Jeremie Boga (81) menambah jaringan buat tuan rumah yang bergelut di kedudukan ke 17, untuk menambah jaringan pada separuh masa Domenic Berardi.

Inter mencatat kemenangan selepas dua kekalahan berturut-turut berdepan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara dan Juventus pada Serie A.

“Ketika jaringan 3-1 dan 4-1, ia seperti sudah berakhir,” kata Lukaku yang kini menjaringkan lima gol dalam lapan perlawanan Serie A.

“Pada separuh masa pertama, kami melakukan semunya dengan baik. Bagaimanapun, kami seharusnya menjaringkan gol 15 minit awal permainan selepas waktu dekat untuk memastikan kemenangan perlawanan itu.

“Perkara positif yang kami dapat adalah memperoleh tiga mata, tetapi kami perlu bertahan lebih baik pada ketika itu. Ia sangat penting untuk memperoleh kemenangan ini.”

Di San Siro, AC Milan gagal memanfaat peluang beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri 2-2 berdepan Lecce.

Tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Hakan Calhanoglu pada separuh masa pertama sebelum Lecce menyamakan kedudukan menerusi Khouma Babacar pada minit ke 62.

Jaringan Krzysztof Piatek pada minit ke 81 belum cukup merentap semangat lawan yang bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marco Calderoni pada minit akhir perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 10:22 AM