Souness anggap United, City dan Chelsea akan terus mencabar Liverpool setiap musim. FOTO REUTERS
Souness anggap United, City dan Chelsea akan terus mencabar Liverpool setiap musim. FOTO REUTERS
Agensi

GRAEME Souness yakin Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu kompetitif untuk dikuasai oleh Liverpool dalam tempoh panjang dan mengatakan Manchester United ‘akan kembali semula”.

The Reds kini berada di tangga teratas EPL selepas menang 11 daripada 12 perlawanan musim ini untuk berada selesa lapan mata di depan pencabar terdekat mereka.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menjadi pilihan utama untuk meraih gelaran musim ini selepas membuat permulaan cemerlang dengan juara bertahan Manchester City tercicir di tangga keempat dalam carta EPL.

Liverpool FC kini mahu maju selangkah lebih jauh berbanding dicapai tahun lalu selepas hanya tewas satu mata di belakang skuad kendalian Pep Guardiola pada Mei lalu.

Bekas bintang Reds itu berkata biarpun Liverpool FC menjulang Piala EPL, skuad itu akan berterusan ditentang oleh Manchester United, Chelsea FC dan Manchester City untuk kekal selaku kuasa kemuncak bola sepak Inggeris.

Souness berkata: “Anda tidak boleh mengatakan mereka akan kembali ke zaman menguasai seperti dulu kerana anda perlu melihat kepada Manchester City kerana mereka akan berada dalam saingan itu untuk tempoh yang panjang.

“Terdapat kebangkitan daripada pemain muda Chelsea juga. Adakah mereka akan menjadi lebih baik dalam tempoh beberapa tahun akan datang?

“Manchester United akan kembali, sudah tentu. Ia hanya menunggu masa. Jadi, anda tidak boleh mengatakan Liverpool akan terus menguasai.

“Bagaimanapun, sekali anda merasai menang kali pertama, ia akan memberikan anda cita-cita untuk memenanginya semula.

“Apabila saya berada di sana, itulah yang kami lakukan, memenangi liga”.

“Itu adalah sasaran utama setiap musim iaitu liga bukan Piala Eropah. Itu cukup mengatakan diri anda bagai individu dan pasukan.”

Liverpool FC akan kembali ke saingan EPL apabila berdepan Crystal Palace, Sabtu ini di tempat lawan.

The Reds menewaskan Manchester City 3-1 Anfield pada perlawanan terakhir mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 6:43 PM