TIMMY mengungguli acara All Events dan pingat emas kelima Malaysia di kejohanan berkenaan.
TIMMY mengungguli acara All Events dan pingat emas kelima Malaysia di kejohanan berkenaan.
Nor Hairulnizam Wahid


TIMMY Tan terus melakar dominasi dalam Kejohanan Tenpin Boling Asia di Kuwait apabila mengungguli acara All Events hari ini, yang juga pingat emas kelima Malaysia di kejohanan berkenaan.

Selepas mengungguli acara individu dan kemudiannya gangsa dalam acara trio, Timmy mengumpul 5,805 jatuhan pin mengatasi atlet China, Du Jianchao (5,745) dan Kang Heewon dari Korea Selatan (5,724) berdasarkan jatuhan pin selepas acara individu, beregu, trio dan berpasukan.

Bagaimanapun pencapaian Timmy gagal mengangkat skuad tenpin boling lelaki negara yang menduduki tangga ketujuh dengan 6,827 jatuhan pin, jauh ketinggalan berbanding pasukan Hong Kong, Taiwan dan China yang mengungguli tiga tangga teratas.

Sehingga kini, Malaysia meraih emas menerusi Shalin Zulkifli (individu wanita), Timmy (individu lelaki, All Events), trio lelaki dan wanita serta tiga gangsa menerusi Sin Li Jane (perseorangan wanita), beregu wanita (Li Jane dan Esther Cheah) dan trio lelaki.

Ketika ini blok kedua acara berpasukan wanita sedang berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Oktober 2019 @ 8:38 PM