Nor Hairulnizam Wahid


GANDINGAN Sin Li Jane dan Esther Cheah meneruskan rentak cemerlang kontinjen negara di Kejohanan Tenpin Boling Asia ke-24 apabila meraih gangsa dalam acara beregu wanita hari ini.

Dicabar hebat dua gandingan Korea Selatan yang mengungguli dua tangga teratas, Li Jane-Esther mengumpul 2,744 jatuhan pin berbanding Lee Nayoung-Baek Sungja (2,896) dan Kim Moonjeung-Lee Yeonji (2,753).

Pemenang pingat acara perseorangan wanita, Shalin Zulkifli menerusi gandingannya dengan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi menduduki tangga keempat dengan perbezaan hanya satu jatuhan pin.

Satu lagi beregu negara Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Nur Syazwani Sahar di tempat ketujuh dengan 2,680 jatuhan pin.

Terdahulu, Malaysia meraih emas kedua hari ini menerusi aksi Timmy Tan dalam acara perseorangan lelaki.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 12:13 AM