AKSI May melakukan try ketika menentang Australia di Stadium Oita. -  FOTO AFP
AKSI May melakukan try ketika menentang Australia di Stadium Oita. - FOTO AFP
AFP

DUA try pemain sayap, Jonny May dan kecemerlangan kapten, Owen Farrell membantu England mara ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan Australia, 40-16 sebentar tadi.

May meraikan penampilan ke-50 bersama England dengan mencipta try ke-26 dan 27nya di Oita manakala Farrell menghadiahkan 20 mata buat England yang menyamai kejayaan terbesar mereka ke atas musuh tradisi untuk mara ke saingan empat terakhir.

"Kami melakukan apa yang sepatutnya,” kata Farrell. "Kami mendahului tetapi Australia melakukan segalanya untuk menyaingi kami. Kami bermain dengan kepantasan cara kami bukan mengikut mereka dan kami berjaya melakukannya pada babak kedua."

Ketangkasan May pada awal permainan dan kesempurnaan Farrell meraih lapan daripada lapan sepakan bermakna England menebus duka empat tahun lalu apabila tersingkir awal pada saingan Piala Dunia - pencapaian terburuk dalam sejarah ragbi Inggeris.

Kemenangan itu juga yang ketujuh berturut-turut England ke atas Australia dengan kali terakhir menewaskan mereka 33-13 di Twickenham.

England kini menewaskan Australia tiga kali di peringkat suku akhir di kejohanan sama selepas 1995 dan 2007.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Oktober 2019 @ 7:03 PM