Ketua jurulatih Ragbi England, Eddie Jones (kiri) menyepak bola kepada kapten England Owen Farrell (tengah) ketika sesi latihan. FOTO AFP
Ketua jurulatih Ragbi England, Eddie Jones (kiri) menyepak bola kepada kapten England Owen Farrell (tengah) ketika sesi latihan. FOTO AFP
AFP

EDDIE Jones percaya England mempunyai senjata khas untuk mengecewakan New Zealand pada aksi separuh akhir Ragbi Piala Dunia hujung minggu ini, selagi pemainnya tidak dibuai dengan kehebatan bintang All Blacks.

England memasang impian tinggi di Jepun selepas mengetepikan Australia, 40-16 di Oita, tetapi Jones mengetahui barisan kendaliannya berdepan laluan berliku untuk menidakkan buruan kejuaraan ketiga buat New Zealand apabila dua pasukan gergasi sukan itu bertembung di Yokohama.

“Kamu selalunya akan bermain dengan baik dan kelompok yang terbaik - tiada seorangpun akan menidakkan perkara itu,” kata pengendali dari Australia itu.

“Kamu mahu menjadi terbaik di dunia, kamu harus menewaskan yang terbaik,” tambah Jones.

“New Zealand adalah pasukan yang hebat disamping jurulatih hebat dan kapten yang hebat, tetapi seperti pasukan lain mereka juga mampu dikalahkan.

Pemain sayap New Zealand Ardie Savea (tengah) mengawal bola pada aksi suku akhir berdepan Ireland di Tokyo semalam. FOTO AFP
Pemain sayap New Zealand Ardie Savea (tengah) mengawal bola pada aksi suku akhir berdepan Ireland di Tokyo semalam. FOTO AFP

“Tetapi saya fikir apa yang berlaku jika kami menjadi sebahagian daripada situasi ini,” dia memberi amaran, menunjukkan kepada pasukan serba lengkap seperti All Blacks yang turut menewaskan Ireland, 46-14 di peringkat suku akhir dan tidak tewas dalam perlawanan Piala Dunia sejak 2007.

“Kamu lihat - saya fikir ia berlaku kepada Ireland. Mereka benar-benar melakukannya apabila lawan mengalah. Berdepan antara pasukan terbaik, kamu harus berusaha keras daripada mula. Ia adalah sangat penting bagi kami.”

England beraksi cemerlang berdepan New Zealand, 16-15 pada aksi pemanas badan di Twickenham, November lalu yang juga perlawanan tunggal mereka sejak Jones mengambil alih tugas selepas pasukan itu beraksi di Piala Dunia 2015 di bawah bimbingan Stuart Lancaster.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Oktober 2019 @ 12:35 PM