Petaia menjadi pemain termuda Australia beraksi pada Piala Dunia. FOTO REUTERS
Petaia menjadi pemain termuda Australia beraksi pada Piala Dunia. FOTO REUTERS
AFP

PEMAIN berusia 19 tahun, Jordan Petaia menjadi pemain termuda Australia beraksi pada Piala Dunia selepas mendapat kebenaran turun berdepan menentang Uruguay, Sabtu ini.

Petaia disenaraikan sebagai sayap kiri untuk kap antarabangsa pertamanya selepas kecederaan menjejaskan musim ragbi super dilalui bersama Queensland Reds mengakibatkan terpaksa menangguhkan penampilan sulungnya.

The Wallabies akan beraksi selepas tewas 29-25 kepada Wales mengakibatkan mereka dalam kedudukan menamatkan saingan selaku naib juara kepada juara Enam Negara itu dalam saingan Pool D.

Jurulatih Michael Cheika berkata dia yakin pemain berketinggian 1.90m (6 kaki 2 inci) itu sedia membuat penampilan sulung biarpun kurang masa bermain tahun ini.

"Ia amat menarik. Dia hampir mendapat kap antarabangsa pada jelajah musim bunga lalu dan berada dalam keadaan terbaik pada sesi latihan yang memberi peluang terbaik," kata Cheika.

Pemain remaja itu yang juga pemain pertama Australia membuat penampilan pada Test di Piala Dunia sejak Berrick Barnes pada 2007, berkata dia bimbang sekiranya sekali lagi mendapat kecederaan sebelum perlawanan Sabtu ini.

"Saya akan cuba melepasi minggu pertama. Saya tidak mahu bercakap mengenainya kerana takut menjadi kenyataan," katanya.

"Saya mahu mendapatkan perlawanan Sabtu ini dan kita lihat apa berlaku pada perlawanan itu."

"Saya teruja dan mahu mendapatkannya," kata Petaia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 2:53 PM