ZII Jia mara pusingan kedua Seluruh England.
ZII Jia mara pusingan kedua Seluruh England.
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan kedua Seluruh England, sebentar tadi.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-10 dunia melakar kejutan ke atas pemain dari Jepun, Kodai Naraoka dengan mencatatkan kemenangan straight set 21-12, 21-19 dalam tempoh 49 minit.

Ia adalah kemenangan kedua Zii Jia ke atas pemain ranking keenam dunia itu daripada lima pertemuan antara mereka dengan kali terakhir di suku akhir kejohanan sama tahun lalu.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia akan berentap dengan Loh Kean Yew di pusingan kedua selepas lawan dari Singapura itu menewaskan Ng Ka Long dari Hong Kong 21-12, 21-17.

Untuk rekod pada edisi lalu, Zii Jia menamatkan kempen Seluruh England di separuh akhir selepas tewas di tangan pemain China, Shi Yu Qi 19-21, 13-21.

Sebelum ini, Zii Jia menunjukkan prestasi yang positif apabila berjaya mara ke suku akhir Terbuka India dan juga Masters Indonesia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mac 2024 @ 8:32 PM