STEFANOS Tsitsipas
STEFANOS Tsitsipas
AFP

BINTANG muda Stefanos Tsitsipas baru berusia 21 tahun bulan lalu dan menjadi pemain termuda berada dalam kelompok 10 teratas namun dia enggan terbawa-bawa dengannya.

Hujung minggu lalu bintang Greece itu beraksi dalam acara beregu bersama-sama Roger Federer dan Rafael Nadal dalam Piala Laver, biarpun tewas dalam kedua-dua perlawanan.

Kedua-dua pemain hebat tetapi semakin berusia itu, bersama-sama Novak Djokovic mendominasi aksi tenis lelaki sejak 15 tahun lalu tetapi Tsitsipas tidak mahu menunggu sebelum mereka bersara untuk mencuri peluang.

Bersama-sama pemain seperti Alexander Zverev dan Daniil Medvedev, Tsitsipas sering disebut-sebut sebagai generasi baharu yang mampu mencabar kelompok tiga pemain berkenaan.

“Dalam usaha mendaki ranking, kami perlu mengatasi mereka dan ia satu tugas yang sukar,” kata pemain nombor tujuh dunia di Kejohanan Zhuhai.

“Namun kami berusaha ke arah itu, kami maksud saya adalah pemain muda.

“Seperti slogan ciptaan saya, usah tunggu peluang, ciptakannya.

“Jadi saya mahu berusaha ke arah itu dan saya tidak fikir saya patut tunggu kerana jika anda menunggu, anda hanya menyerah kalah.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 September 2019 @ 12:49 PM