Aksi pemain tenis Australia, Nick Kyrgios di Terbuka AS. FOTO Agensi
Aksi pemain tenis Australia, Nick Kyrgios di Terbuka AS. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG tenis Australia, Nick Kyrgios memberitahu beraksi dalam sebahagian daripada pemain untuk Pasukan Dunia di Piala ATP lebih menyeronokkan berbanding Pasukan Eropah.

Alasan pemain yang cukup popular dengan kontroversi itu adalah dia memikirkan kalangan pemain Pasukan Dunia lebih rapat antara satu sama lain.

Pemain Australia berusia 25 tahun itu, berkali-kali memberitahu dia gembira beraksi dalam acara berpasukan dan dia tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam setiap pusingan awal edisi Piala Laver.

Kyrgios berada di ranking ke-40 dunia, turut mengesahkan penyertaan untuk beraksi pada Piala Laver tahun ini namun kejohanan itu ditangguhkan berikutan penularan Covid-19.

Apabila ditanya oleh Andy Murray dalam sesi temubual secara langsung di Instagram kenapa dia gemar beraksi di Piala Laver, Kyrgios berkata : "Ia kerana keseronokan kawan.

"Saya di sana bersama rakan rapat, cuba untuk mengatasi pemain Eropah yang sentiasa memberi tentangan sengit, tidak mempedulikan saingan lawan dan seolah-olah mereka sukar diatasi.

"Jujurnya, (Stefanos) Tsitsipas dan (Alexander) Zverev bermusuhan antara satu sama lain, kemudian secara tiba-tiba mereka menjadi rakan rapat jauh lebih baik daripada pemain lain.

"Seseorang seperti (Dominic) Thiem.. pemain yang berusaha gigih dalam permainan mereka.

"Pasukan Dunia itulah semuanya mengenai kami, jika anda (Murray) menyertai Pasukan Dunia kita boleh mencatat kemenangan.

Juara enam kali ATP, Kyrgios mempelawa Murray bermain beregu bersamanya selepas tenis menyambung semula aksi.

"Kami tidak memikirkan mengenai Nadal, Djokovic dan Federer." jelas Kyrgios.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 5:47 PM