Kontinjen UiTM juara Kejohanan Golf Antara Staf UA. FOTO Ihsan UiTM
Kontinjen UiTM juara Kejohanan Golf Antara Staf UA. FOTO Ihsan UiTM

UNIVERSITI Teknologi MARA (UiTM) muncul juara keseluruhan Kejohanan Golf Antara Staf Universiti Awam (UA) Ke-47 yang berlangsung pada 7 dan 8 September lalu di Universiti Utara Malaysia (UUM).

UiTM dinobatkan juara keseluruhan selepas mengutip tiga pingat Emas, satu Perak dan tiga Gangsa. Kali terakhir pasukan UiTM memenangi kejohanan berkenaan pada 2009.

Pingat Emas UiTM dimenangi kategori Nett Berpasukan, Nett Individu dan UA Berpasukan, manakala pingat Perak bagi kategori Gross Berpasukan manakala Gangsa dimenangi kategori Nett Berpasukan, Nett Individu serta Jemputan Berpasukan.

Kejohanan selama dua hari itu berlangsung di tiga lokasi iaitu Kelab Golf dan Rekreasi UUM, Darulaman Golf & Country Club di Jitra dan Cinta Sayang Golf & Country Club di Sungai Petani, membabitkan kategori Gross Individu, Gross Berpasukan, Nett Individu, Nett Berpasukan, VIP Individu dan VIP Berpasukan, UA Berpasukan dan kategori jemputan seramai 320 pemain golf dari universiti awam (UA) seluruh negara.

Raja Muda Kedah Darul Aman, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin turut berkenan berangkat ke majlis penyampaian hadiah pada majlis santapan malam penutup kejohanan di EDC Hotels & Resorts, Sintok.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 September 2019 @ 9:10 PM