Chang Hoon (depan, kiri sekali) tidak dapat diturunkan berdepan Selangor. FOTO fail NSTP
Chang Hoon (depan, kiri sekali) tidak dapat diturunkan berdepan Selangor. FOTO fail NSTP
Nazri Abu Bakar


PDRM dijangka bakal kehilangan Lee Chang Hoon pada pertemuan penting berdepan juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka malam esok.

Pengendali skuad terbabit E Elavarasan berkata, pemain Korea berkenaan mengalami kecederaan pada babak kedua berdepan lawan yang sama di Shah Alam, Ahad lalu dijangka tidak sempat pulih pada pertemuan kali ini.

Menurutnya, hanya laporan terakhir daripada pegawai perubatan bakal mengesahkan samada Chang Hoon boleh beraksi atau sebaliknya menjelang perlawanan kelak.

"Apa diharapkan pemain tengah berkenaan mampu diberi tanggungjawab pada perlawnanan di tempat sendiri kali ini.

"Bagaimanapun walaupun bermain di laman sendiri namun ianya tidak memberi kelebihan apa-apa buat pasukan kami," katanya.

Elavarasan berkata, tiada keistimewaan buat The Cops hanya kesungguhan dan komitmen serta fokus sahaja bakal menentukan kejayaan pasukan dalam perlawanan itu.

Malah keputusan seri 1-1 bertemu The Red Giants di tempat mereka sebelum ini memberi keyakinan buat pemain mengintai kemenangan namun pelawat hadir untuk memburu tiga mata.

Apapun, bekas pengendali PKNS Terengganu dan FELDA United itu juga mahu anak buahnya menutup ruang bagi mengelak kubu dibocori lawan dalam masa sama mencipta ruang meledak jaringan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Ogos 2019 @ 8:13 PM