Faizal tidak gusar. FOTO NSTP
Faizal tidak gusar. FOTO NSTP
Saiful Affendy Sapran


PENYERANG sensasi skuad hoki negara, Faizal Saari tidak gusar dengan keputusan yang tidak memihak kepada skuad negara sepanjang siri jelajah Eropah bertemu Belanda dan juara Piala Dunia 2018, Belgium.

Bagi pemain berusia 28 tahun itu, kedua-dua pasukan yang masing-masing menduduki ranking ketiga dan kedua dunia itu sememangnya berada pada kelas tersendiri.

Namun katanya, skuad negara juga menunjukkan peningkatan ketara tetapi ia tidak dapat diterjemahkan menerusi keputusan perlawanan.

"Corak permainan Belanda serta Belgium memang sangat bagus dan mereka mempunyai asas permainan yang kukuh.

"Bagi saya yang paling penting adalah untuk kami menyerah pada kempen kelayakan Sukan Olimpik Tokyo pada November depan.

"Walaupun tewas kepada Belanda dan Belgium, saya cukup berpuas hati dengan prestasi kami sepanjang perlawanan siri jelajah Eropah.

sDua pertemuan dengan Belanda sebelum ini menyaksikan Malaysian Tigers tewas 4-6 dan 2-6.

Manakala perlawanan pertama dengan Belgium Sabtu lalu menyaksikan skuad negara tewas 1-5. Malaysia akan bertemu Belgium pada perlawanan terakhir siri jelajah Eropah.

Sebelum itu skuad negara muncul juara Kejohanan Jemputan Empat negara yang disertai England, Sepanyol dan Ireland selain mengejutkan Jerman 4-2 pada perlawanan ujian pertama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Ogos 2019 @ 5:45 PM