VELAZQUEZ (kiri) meraikan jaringan bersama Diogo (tengah) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini. — FOTO Mohd Azren Jamaludin
VELAZQUEZ (kiri) meraikan jaringan bersama Diogo (tengah) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam ini. — FOTO Mohd Azren Jamaludin
Mohd Sabran Md Sani


PESTA menjulang trofi Liga Super sedikit tercalar selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) sekadar seri 3-3 dengan Terengganu FC pada aksi terakhir liga di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Sekalipun ketinggalan 0-1 pada minit ke-24 apabila Sanjar Shaakhmedov meledak gol pembukaan buat pelawat, ia tidak mematahkan semangat tuan rumah.

Hantaran kapten JDT, Hariss Harun berjaya disudahkan Leandro Velazquez pada minit ke-31 untuk menyamakan kedudukan.

Tidak menunggu lama, pemain kebangsaan Safawi Rasid menambah gol kedua buat JDT apabila membolosi gawang lawan pada minit ke-36.

SAFAWI (kiri) diasak pemain TFC, Andrieiev di Larkin. — FOTO Mohd Azren Jamaludin
SAFAWI (kiri) diasak pemain TFC, Andrieiev di Larkin. — FOTO Mohd Azren Jamaludin

Penyerang import JDT, Gonzalo Cabrera menyumbang gol ketiga pada masa kecederaan babak pertama namun TFC enggan mengaku kalah apabila bangkit pada separuh masa kedua.

Mereka merapatkan kedudukan apabila memperoleh gol kedua hasil jaringan Serhii Andrieiev pada minit ke-65 sebelum Lee Tuck menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-79.

Kemenangan itu membolehkan JDT mengumpul 53 mata dengan rekod 16-5-1. Mereka hanya kalah sekali musim ini di tangan kelab kerdil PJ City, Selasa lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Julai 2019 @ 11:40 PM