Shahril mahu sekat Pulau Pinang di tempat sendiri. FOTO Nazri Abu Bakar
Shahril mahu sekat Pulau Pinang di tempat sendiri. FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar


KAPTEN PDRM, Shahril Sa’ari berazam membantu pasukannya menewaskan Pulau Pinang pada aksi terakhir skuad berkenaan di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Sabtu ini.

Perlawanan terakhir Liga Perdana dan terpenting terbabit memberi makna besar buat penjaga gol itu dan seluruh skuad berkenaan berikutan mata maksimum mengesahkan The Cops layak bersaing di Liga Super musim depan.

Baginya, fokus semua rakan sepasukan dibawah bimbingan jurulatih E Elavarasan kini terarah terhadap aksi terakhir itu dengan buruan tiga mata selepas The Cops kini berada di tangga ketiga Liga Perdana.

“Kami tidak akan melepaskan peluang mengumpul mata terpenting ini, selepas kemenangan dramatik menewaskan Negeri Sembilan di Paroi 3-2, kedudukan pasukan kian cerah ke Liga Super dengan syarat mengatasi pelawat kali ini.

“Justeru kami akan mengikut semua arahan jurulatih dalam memastikan kejayaan pasukan walaupun berdepan lawan yang juga bakal memberi cabaran sengit,” katanya.

Anak kelahiran Terengganu pernah mewakili skuad kelahirannya selain T Team, Sabah, Sarawak, PKNS FC sebelum menyertai Perlis dan kali ini PDRM.

Dia pernah menerima lamaran beberapa pasukan Liga Super musim ini memilih Perlis sebelum menyertai The Cops sudah melupakan masalah pasukan Singa Utara dan gembira kerana kian menyerlah bersama PDRM.

Bekas penjaga gol skuad bawah 23 (B-23) tahun negara kelahiran Hulu Terengganu itu yang dilihat selesa menjadi jeneral pasukan juga puas skuad berkenaan kembali `segar’ selepas prestasi pasukan kurang menarik pada awal musim.

Dia dilabel pengganti bekas penjaga gol kebangsaan, Allahyarham Raimi Jamil, dia dilihat berkeyakinan di muka gawang dengan menafikan banyak percubaan bahaya lawan.

Pada aksi menewaskan Kelantan 3-1 sebelum ini, dia membuktikan kewibawaannya mempertahankan kubu daripada dibocori sekali gus membantu kutipan mata maksimum PDRM.

Justeru kali ini dia bertekad untuk mempertahankan kubu daripada percubaan bahaya lawan dalam masa sama mengharapkan gawang lawan dibolosi rakan sepasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 3:40 PM