SARRI masih mempunyai kontrak bersama Chelsea.
SARRI masih mempunyai kontrak bersama Chelsea.
Agensi

JUVENTUS terpaksa menunggu lebih lama sebelum boleh melantik Maurizio Sarri sebagai pengurus baharu mereka.

The Blues enggan terburu-buru memuktamadkan kedudukan Sarri selepas Juve cuba mendapatkan pengurus itu tanpa bayaran ganti rugi dan Chelsea pula tampak enggan melepaskan Sarri sehingga permintaan mereka dipatuhi.

Pengendali dari Itali itu masih mempunyai baki kontrak dua tahun dengan nilai £5 (RM26.40 juta) setahun dan ia menjadi isu utama sejak Sarri mahu meninggalkan Chelsea dan bersetuju menjadi pengurus baharu Juventus musim depan.

Pengarah Sukan Juve, Fabio Paratici difahamkan kini berada di London dalam usaha mengadakan rundingan dengan Chelsea mengenai isu Sarri.

Selepas hampir dua belas bulan mengharungi prestasi turun naik, Sarri memberitahu Blues hasratnya untuk meninggalkan Stamdord Bridge tetapi Chelsea masih belum mahu memberikan lampu hijau kepada pengendali itu selagi perjanjian tidak berpihak kepada mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 11:57 AM