Sarri sertai Juventus selepas semusim di London. FOTO REUTERS
Sarri sertai Juventus selepas semusim di London. FOTO REUTERS
Agensi

HAJAT Maurizio Sarri akhirnya tercapai dan meninggalkan Chelsea untuk menyertai Juventus selepas dua kelab itu bersetuju menyelesaikan wang perpisahan sebanyak £7 juta (RM37 j).

Tugasan semusim dilaluinya selaku ketua jurulatih sampai ke penghujung selepas juara Itali itu bersetuju membeli kontrak dua tahun terakhirnya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi persetujuan itu.

Pengarah Juve, Fabio Paratici terpaksa terbang ke London selepas Chelsea enggan melepaskan Sarri pada tawaran harga yang rendah.

Dia masih mempunyai kontrak selama dua tahun bernilai £5j (RM27j) setahun dan ketua perpindahan Stamford Bridge Marina Granovskaia memegang jumlah penuh penyelesaian itu.

Akhbar tabloid Britain melaporkan Chelsea were sedia melepaskan jurulatih terbabit pada musim panas kecuali Juve membayar sejumlah wang diperlukan.

Kekosongan itu membuka jalan buat Chelsea mencari pengganti sesuai ketika kelab Liga Kejuaraan, Derby County hanya menunggu tawaran rasmi The Blues terhadap pengurus dan bekas pemain Blues, Frank Lampard yang dikatakan akan mengambil alih Stamford Bridge.

Lampard menjadi pilihan peminat dan dia adalah penjaring terbanyak sepanjang masa buat kelab London itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 2:43 PM