Syahmi Safari (kiri) terpaksa diketepikan kerana kecederaan. FOTO File NSTP.
Syahmi Safari (kiri) terpaksa diketepikan kerana kecederaan. FOTO File NSTP.
Syazwan Msar


JURULATIH skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hari ini mengumumkan senarai akhir 23 pemain pasukan kebangsaan menentang Timor Leste esok dan 11 Jun ini dalam kempen Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Syahmi Safari yang sebelum ini dibelenggu kecederaan ketika beraksi bersama Selangor terpaksa melupakan hasrat menyarung jersi kebangsaan kerana belum pulih sepenuhnya.

Dua lagi pemain yang terpaksa akur digugurkan adalah Rodney Celvin dan Halim Shaari.

Lebih malang lagi Halim apabila mengalami kecederaan ketika membantu Malaysia mengatasi Nepal 2-0 dalam perlawanan persahabatan Ahad lalu.

Skuad Harimau Malaya dijangka bersandar kepada Adam Nor Adlin, Dominic Tan, Muhammad Syazwan Andik dan La’vere Corbin-Ong di barisan pertahanan.

Manakala, Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Faisal Abdul Halim, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Syafiq Ahmad diberi kepercayaan untuk merobek gawang lawan.

Skuad kebangsaan akan menentang Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok sebelum perlawanan timbal balik pada 11 Jun nanti.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-168 dunia, perlu mencatatkan menang untuk mara ke pusingan kedua kempen kelayakan itu.

Menerusi kemenangan itu, bakal menyaksikan pertembungan antara 40 pasukan terbaik Asia untuk memburu tiket kelayakan ke Piala Dunia 2022 di Qatar dan Piala Asia 2023 di China.

Senarai Pemain :

Penjaga gol : Mohd Farizal Marlias (JDT), Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS)

Pertahanan : Adam Nor Azlin, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Syazwan Andik, La’vere Corbin-Ong (JDT), Matthew Davies (Pahang), Shahrul Mohd Saad (Perak), Muhammad Irfan Zakaria (Kuala Lumpur)

Tengah / Sayap : Mohamed Syamer Kutty Abba, Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Abdul Rashid (JDT), Muhamad Nor Azam Abdul Azih, Mohamadou Sumareh (Pahang), Kenny Pallraj Davaragi (Perak), Mohd Syazwan Zainon, Mohd Faiz Mohd Nasir (Selangor), Muhammad Akram Mahinan (PKNS)

Penyerang : Muhammad Syafiq Ahmad (JDT), Norshahrul Idlan Talaha, Mohamad Faisal Abdul Halim (Pahang), Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi (Perak)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 8:48 PM