Alonso (kanan) berkongsi pengalaman bersama Sainz. FOTO Agensi
Alonso (kanan) berkongsi pengalaman bersama Sainz. FOTO Agensi
Agensi

FERNANDO Alonso yakin rakan senegaranya, Carlos Sainz mempunyai masa depan cerah dalam perlumbaan Formula Satu (F1).

Pelumba Sepanyol, Sainz, ketika ini menjadi pelumba buat bekas pasukan Alonso, McLaren, dia dikaitkan dengan perpindahan ke Ferrari bagi 2021.

"Jika perjanjian tidak dicapai bersama Sebastian Vettel, saya tidak ragu-ragu Ricciardo mungkin berminat," kata sumber dalaman Ferrari, Leo Turrini.

"Mungkin saya silap, dan saya sangat suka Australia tapi saya tidak melihatnya selepas Leclerc. Jadi untuk mempelbagaikan pilihan saya fikir pemandu yang lebih layak adalah Sainz," menurutnya dalam blog Quotidiano.

Juara dunia dua kali, Alonso menaruh keyakinan tinggi bahawa Sainz mampu bersaing dengan pelumba terbaik F1 yang lain.

"Carlos berjaya beraksi cemerlang, dan tidak hanya tahun lalu," katanya dipetik daripada akhbar AS.

"Sejak Toro Rosso, dia berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik. Dia mempunyai Verstappen sebagai gandingan daripada permulaan lagi, kemudian dia bersama Hulkenberg.

"Dia sentiasa mempunyai persaingan yang kuat di sampingnya dan kerap beraksi baik.

"Ia bagus untuk Sepanyol dan sukan itu. Saya harap dia mempunyai masa depan yang cerah dalam perlumbaan ini," tambah Alonso.

Alonso menarik diri daripada menyertai perlumbaan dalam talian virtual F1.

"Tidak, tidak," kata pelumba berusia 38 tahun itu.

"Saya tidak mempunyai mesin simulator di sini, tapi mereka yang mengambil bahagian pastinya bermain sepanjang hari. Saya tidak akan berada di sana."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 10:59 AM